1.Demokrasi secara ringkasnya bermaksud pemerintahan dari rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat.
2.Demokrasi bukannya ajaran Islam.
3.Demokrasi adalah ajaran baru yang tidak ada dalam Islam.
4.Demokrasi adalah ajaran orang-orang kafir yang bertentangan dengan syariat Islam.
5.Demokrasi adalah sekular,kerana tidak terlibat dalam unsur ketuhanan.Semuanya daripada manusia,dibuat oleh manusia dan untuk manusia.
5.Dalam demokrasi,suara majoriti adalah tuhan (kebenaran).
6.Demokrasi adalah satu bid'ah dhalalah yang besar kerana tidak bersumber pada al-Quran dan as-Sunnah.Setiap bid'ah adalah SESAT dan setiap kesesatan didalam neraka balasannya.Jadi MENGUNDI dalam sistem demokrasi pun bid'ah dan boleh membawa kepada kesesatan?
7.Demokrasi menggalakkan tertubuhnya parti-parti politik yang bertujuan untuk berpolitik dan mengejar KUASA bila memenangi pilihanraya.Bila banyak tertubuhnya parti politik dikalangan orang Islam,maka akan berlaku pertelagahan,perebutan dan perpecahan sesama umat Islam.Pada hal semua orang Islam adalah bersaudara.
8.Parti politik yang wujud dalam sistem demokrasi bukan bertujuan untuk BERDAKWAH sebagaimana dilaksanakan oleh nabi-nabi.Parti politik cuma 'berdakwah' untuk memenangi hati rakyat dengan tujuan yang lebih diutamakan untuk membentuk negara Islam jika berkuasa (menang pilihanraya).Oleh itu,mereka SESAT dan teroerangkap dalam demokrasi tajaan dan anjuran kafir Yahudi dan Nasara.
9.Sebenarnya,tangan kanan Yahudi dan Nasara mempromosikan sjstem demokrasi,manakala tangan kirinya 'mendakwah' umat manusia mengikuti budaya hidup/agama ajaran mereka menerusi setiap aspek kehidupan.
10.Dalam sistem demokrasi,parti politik memilih KUASA untuk melaksanakan Islam melalui negara.Pada hal Nabi Muhammad SAW memasyarakatkan Islam untuk menegakkan Islam?
11.Dalam demokrasi,parti politik akan mengadaptasikan diri dengan kehendak masyarakat.Pada hal Nabi Muhammad SAW tidak mengubah prinsip agama hanya kerana ingin memenangi hati rakyat.Nabi-nabi terdahulu mengubah masyarakat dengan DAKWAH bukan dengan berparti politik.
12.Dalam sistem demokrasi,memenangi majoriti untuk rakyat adalah tujuan utama dan terpenting.Parti politik yang menang dapat menguatkuasakan undang-undang kepada rakyat,tetapi yang nyata parti politik tersebut tidak dapat mengubah AKHLAK masyarakat.Sedangkan menerusi DAKWAH Islam boleh mengubah akhlak rakyat.
13.Pemimpin yang terpilih/dilantik melalui sistem demokrasi sama ada berakhlah baik atau tidak bergantung kepada rakyat/pengundi. Jika majoriti rakyat berakhlak baik,maka pemimpin yang berakhlak baik/berilmu akan dimenangkan.Jadi,akhlak pemimpin adalah gambaran/cerminan/refleksi akhlak masyarakat akar umbi di bawah!!!
Itulah demokrasi---suatu hukum manusia yang memenangkan siapa saja pihak majoriti.
14.Demokrasi adalah buatan akal manusia (bukannya berasal daripada hukum Allah)
15.Demokrasi lahir dari akibat pemisahan agama dari kehidupan,yang selanjutnya melahirkan pemisahan agama dari negara (sekularisme)
16.Demokrasi berlandaskan kepada idea KEDAULATAN DITANGAN RAKYAT dan RAKYAT SEBAGAI SUMBER KEKUASAAN.
17.Demokrasi memberikan kebebasan beragama,kebebasan beri pendapat/berhujah,kebebasan pemilikan dan kebebasan bertingkah laku.
18.Kesimpulannya,demokrasi adalah suatu sistem yang menjadikan sumber hukum dan perundangan,halal-haram sesuatu adalah berada didatangan kuasa rakyat:-)bukan Allah.HAL INI AMAT BERTENTANGAN DENGAN AJSRAN ISLAM,kerana dalam Islam yang berhak membuat hukum adalah Allah SWT,bukan manusia.
Firman Allah SWT yang bermajsud 'Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah' Surah al-An'am ayat 57.
19.MAKA JANGANLAH KITA MEMPERTAHANKAN DEMOKRASI SEBAGAI SISTEM TERBAIK......demokrasi adalah ajaran orang kafir untuk menyesatkan kita semua umat Islam.Renung-renungkanlah hukum mengundi dalam sistem demokrasi sesat tersebut.Sistem demokrasi memang sesat maka apa saja aktiviti yang menghidupkan ajaran demokrasi juga terhukum sesat.
No comments:
Post a Comment