1.Setiap kali kita berfikir tentang sesuatu perkara ianya akan ada perbezaan dengan orang lain.Ini akibat dari gaya berfikir yang tidak sama.
2.Antara gaya berfikir yang umum adalah :-
>>>1.SISTEMATIK
Orang yang mempunyai gaya berfikir secara sistematik mudah menerima maklumat bila mengalami sendiri lroses pembelajaran.Proses itu dilakukan mengikut aturan tersendiri dan langkah demi langkah,satu per satu.
Mereka teliti dalam hal kerjanya,terutama hal-hal kecil.
Mereka hebat dalam lerkara berkaitan tarikh,fakta,formula dan struktur.
Gaya berfikir orang sistematik biasanya menggunakan otak kiri.
Pada mereka,dunia ini hanya ada benda-benda nyata,iaitu benda yang dapat kita lihat,bau,dengar,pegang dan rasa.
>>>2.LOGIK
Orang mempunyai gaya berfikir secara logik ini suka menganalisis benda.
Hidup mereka sarat dengan teori dan falsafah.
Mereka sering terlibat dengan sesuatu kajian dan memang berbakat besar dalam hal ini,terutamanya ketika mengenal pasti idea utama dan informasi penting.
Mereka berfikir secara rasional.
Mereka lazimnya ada sikap ingin tahu yang tinggi dan sering bertanya bagi memahami rasional disebalik sesuatu kehadian.
Gaya berfikir orang logik biasanya menggunakan otak kiri.
>>>3.EKSPLORASI
Orang yang mempunyai gaya berfikir secara eksplorasi ini suka menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu.
Mereka juga melihat semua benda dalam hidup ini sebagai nyata,sama seperti orang sistematik.
Hidup mereka tidak begitu teratur berbanding orang sistematik.
Mereka suka bereksperimen,iaitu mencuba dan mencuba sehingga berjaya.
Mereka mempunyai sikap kreatif yang tinggi.
Mereka rajin berusaha mencari cara baru dalam menyelesaikan masalah.
Mereka tidak keberatan meneroka idea dan sistem baru.
Gaya berfikir orang eksplorasi biasanya menggunakan otak kanan.
>>>4.FLEKSIBEL
Orang yang mempunyai gaya berfikir secara fleksibel ini hidupnya dikelilingi emosi dan perasaan.
Mereka pandai berurusan dengan orang lain.
Mereka suka berkomunikasi,berfikiran besar.
Mereka suka berfikir secara menyeluruh,sebelum fokus kepada perkara-perkara kecil.
Mereka memerlukan masa menilai sebelum mengeluarkan pendapat mengenai informasi baru.
Gaya berfikir orang fleksibel biasanya menggunakan otak kanan.
3.Tiada siapa menghalang kita daripada berfikir dalam keempat-empat gaya atau cara berfikir yang ada.Setiap satu gaya berfikir ini ada kegunaannya sendiri.
4.Mengenali gaya berfikir sendiri memberi klu bagaimana memahami perilaku kita dan orang di sekeliling kita.
5.Gaya berfikir di atas adalah gaya secara umum.Mustahil meerangkan kesemua gaya individu di muka bumi ini..Namun,gaya berfikir umum ini sudah cukup bagi kita memahami idea sendiri.Ia sudah cukup bagi kita mendapat 'input' berbeza dari orang lain bagi menyiapkan lebih banyak kerja.
No comments:
Post a Comment