1.Sebenarnya politik bukannya satu agama tetapi cuma satu aspek yang dibicarakan dalam agama Islam.
2.Oleh sebab itu,tidak akur kepada titah perintah atau peraturan atau perlembagaan parti politik tertentu adalah tidak mengapa dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
3.Jadi urusan keluar dari satu parti politik dan masuk ke satu parti yang lain adalah perkara biasa dalam permainan politik.Asalkan matlamat untuk mencari redha Allah tidak bertukar.
4.Perlu faham bahawa urusan politik tidak boleh disamakan dengan lerkara berkaitan akidah Islam.Umlamanya soal Rukun Islam dan Rukun Iman tidak boleh diubah/diingkari kerana bleh menggugurkan akidah individu Islam.Sedangkan urusan berkaitan politik boleh berubah-ubah berdasarkan kepada suasana dan konteks semasa.
5.Sekali lagi ditekankan bahawa politik erupakan salah satu kegiatan yang penting dalam Islam kerana ianya termasuk dalam aktiviti brkaita dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
6.Sememangnya politik berkaitan dengan syariat Islam kerana aktiviti politik memnjurus kepada soal kepimpinan,pengurusan masyarakat dan pentadbiran negara.Sebagai seorang Islam kita mesti berpolitik sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW.
7.Mana-mana parti politik tidak boleh menggunakan agama demi kepentingan politik.Umpmanya mencari pengaruh politik dengan menggunakan agama.
8.Fahamilah prinsip politk dalam Islam...jangan salah guna ayat-ayat suci al-Quran demi mencari pengaruh politik,jangan mengkafirkan orang lain,jangan menghukum pihak lain kafir,jangan berbai'ah seperti menghukum masuk neraka jika keluar parti politik yang disertai dsg.
9.Sebagai seorang Islam,maka prinsip dan objektif perjuangan Islam yang jelas mesti di fahami/dihayati dan dijadikan panduan bila kita berjuang dalam bidang apa pun termasuklah berpolitik.Berjihadlah kerana Allah.
10.Malangnya,kerana terlalu ghairah dan taksub berpolitik dan prinsip/matlamat perjuangan cuma untuk nikmat duniawi seperti KUASA maka pelbagai bentuk kemungkaran/penyelewengan dilakukan.Ini bertentangan dengan cara Nabi Muhammad SAW berpolitik malah melanggar hukum Allah.
11.Berpolitiklah.....tapi mesti ikut cara Rasulullah SAW. ....kerana Baginda adalah contoh terbaik.Jadikan Rasulullah sebagai idola dalm berpolitik.
12.Ditegaskan lagi bahawa dalam berpolitik....parti politik tidak penting....Rasulullah SAW pun tiada masuk atau menubuhkan apa-apa parti khusus untuk berpolitik.....yang penting sepatutnya adalah prinsip/objektif perjuangan yang berdasarkan redha Allah dan penggiat politik mesti faham tentang kepentingan Islam dan situasi masyarakat setempat...segala emosi/taksub berparti politik hendaklah dibuang.Ingatlah kekuatan sesebuah jemaah bergantung kepada kesetiaan dan ketaatan kepada perjuangan Islam secara sukarela bukannya paksaan.
12.Parti politi yang bertunjangkan perjuangan kerana Allah dan memperjuangkan Islam tidak akan berkompromi dengan musuh Islam sehingga sanggup menggadai/melelong/mengorbankan prinsip asas perjuangan Islam...misalnya tidak masuk akal sama sekali malahan telah sesat bila ada pemimpin parti politik negara ini yang dengan jelas menyokong keselamatan Israel...
13.Sebenarnya,kekuatan parti politik bergantung kepada bagaimana para pemimpin dan ahli-ahli politik berperanan dalam masyarakat.Pemimpin parti politik Islam mestilah berakhlak seperti Rsulullah SAW dan mengikut kaedah politik Baginda.Sekurang-kurangnya pemimpin politik mestilah amanah,bertanggungjawab,rajin,sanggup berkorban,pintar,cekap berfikiran terbuka dalam mengendalikan asas keperluan rakyat dan pembangunan negara.
14.Pemimpin parti politik sepatutnya menggalakkan PERPADUAN,kesederhanaan yang boleh membawa manfaat kepada agama,bangsa dan negara.Janganlah berpolitik sehingga hilang pertimbangan agama,taksub,radikal dimana akhirnya terjerimus ke lembah kehinaan dn kehancuran.
15.Berbalik kepada tajuk rencana ini,saya secara peribadi berpendapat bahawa tertubuhnya parti-parti politik di negara ini khususunya adalah bagi memenuhi dan meneruskan aktiviti sistem DEMOKRASI.Seperti yang kita semua faham,sistem demokrasi bukannya ajaran Islam tapi satuideologi sesat sekular/kafir.Jadi akibat dari sistem demokrasi yang menggalakkan tertubuhnya parti-parti politik menyebabkan umat Islam berpecah-belah....nampaknya konsep pecah dan perintah yang menjadi asas musuh Islam memusnahkan Islam telah tertegak dengan megahnya dinegara ini. Bagi saya kita sebagai orang Iskam cuma perlu ada satu parti saja iaitu PARTI ALLAH.......berjuang kerana MENCARI REDHA ALLAH......dengan Parti Allah ini semua orang Islam bersatu dibawah satu perjuangan/jihad menegakkan agama Allah......musuh kita adalah apa saja musuh Allah.
No comments:
Post a Comment