Antara konsep asas tersebut ialah:-
1.ANDAIAN
Andaian adalah satu keputusan atau pendapat yang dibuat oleh seseorang yang dianggap sebagai benar sungguhpun tidak pasti ianya benar.
Andaian adalah permulaan untuk mencari fakta atau meletak satu asas untuk mengarah otak berfikir ke suatu arah.
Andaian ini tidak semestinya betul,namun ianya perlu penting.
2.PREMIS
Premis adalah permulaan atau asas membicarakan sesuatu.Ia menjadi titik tolak dalam sebarang hujahan.
Premis merupakan sesuatu yang telah pun ada dalam pemikiran seseorang sebagai tajuk besar atau perkara pokok bila mula membicara sesuatu perkara.
Premis kadang kala disokong dan ada masanya ditolak.Ianya bergantung keoada kekuatan bukti dan relevannya dengan situasi.
Premis memainkan peranan penting dalam permulaan bicara.
3.PERNYATAAN UMUM
Pernyataan umum selalunya bersifat terbuka dengan kesimpulan yang mungkin tidak tepat.
Pernyataan umum selalu digunakan walau pun tidak salah tetapi ianya tidak kukuh dan boleh dipertikaikan.
4.PERNYATAAN KHUSUS
Pernyataan khusus merujuk kepada usaha memberi fakta untuk menjelaskan apa yang diperkatakan.
Pernyataan khusus dapat mengelak daripada menjadi terbuka dan boleh dipertikaikan.
Pernyataan khusus adalah lebih spesifik.
Membuat pernyataan khusus kurang disukai kerana ianya memerlukan ketelitian supaya tidak tertinggal fakta penting.Namun dengan pernyataan khusus ini oendengar/pembaca akan sekesa jerana butirannya lengkap dan tidak sangsi lagi.
5.KUALIFIKASI
Kualifikasi ialah frasa atau perkataan yang boleh membendung sesuatu pertanyaan menjadi terlalu umum.Frasa 'dalam keadaan tertentu','dalam kebanyakan keadaan', dan perkataan seperti 'seringkali','kebanyakan' dll boleh menyelamatkan pernyataan umum dipertikaikan/dicabar.
Ringkasnya,kualifikasi adalah satu pernyataan yang menghadkan makna pernyataan yang lain.
6.REFUTASI
Konsep refutasi adalah bagi menyanggah suatu pernyataan yang telah diterima dengan memberi pernyataan lain dengan mengganti fakta dan ianya diterima dalam logik kerana pembuktian yang dibuat.
Refutasi tentang sesuatu pernyataan tidak kekal kerana ia akan diganti dengan pernyataan yang lain pula.
No comments:
Post a Comment