1.Sebenarnya,Islam sudah ada kaedah politik sendiri,iaitu DAKWAH....memenangi dan menawan hati majoriti manusia/rakyat dengan dakwah Islamiah.
2.Kita tidak akan berjaya memperjuangkan agama Islam kalau kita mengambil pendekatan selain dari cara yang ditunjukkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad SAW.
3.Cara Rasulullah SAW berpolitik adalah kaedah yang diredhai oleh Allah iaitu:
Nabi Muhammad SAW bermula dengan mengajak manusia beriman pada Allah...tuhan yang satu secara berhikmah,ini disertai dengan baginda menghayati nilai akhlak yang mulia.
4.Keutamaan perjuangan Rasulullah SAW adalah membetulkan keimanan manusia dan membentuk akhlak manusia.Ini bermakna,mendaoatkan kuasa bukanlah merupakan keutamaan dalam Islam.Bagi Rasulullah SAW hati manusia perlu ditawan dengan IMAN dan AKHLAK yang mulia terlebih dahulu...ingat bahawa akhlak mencerminkan kemantapan pegangan agamanya.
5.Mengikut cara politik Nabi Muhammad SAW, apabila hati manusia telah dapat ditawan dengan jalan yang diredhai Allah,maka dengan sendirinya KUASA akan berada di dalam tangan kita.
6.Pendek kata,apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat selesai semua masalah.Fahamilah bahawa masalah akhlak manusia tidak boleh diselesaikan dengan kaedah berjuang dengan parti politik.
7.Nabi Muhammad SAW MEMASHARAKATKAN ISLAM untuk menegakkan negara Islam.Sedangkan perjuangan parti politik memilih kuasa untuk melaksanakan Islam melalui negara.
8.Sekali lagi ditegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW bermula dari bawah,kaitu dari iman dan akhlak individu kepada negara Islam.Sedangkan perjuangan parti politik bermula dari matlamat menubuhkan negara kepada individu.....iaitu parti politik mahu melaksanakan Islam dengan mengambil alih kuasa dalam negara....tapi bagaimana negara Islam akan terbina jika individu/rakyatnya tidak berkualiti Islam malah menolak Islam?
9.Nabi Muhammad SAW mengubah akhlak masyarakat tanpa parti politik.Baginda berjaya menyatukan suku kaum/parti politik dizamannya dengan dakwah Islam.
10.Misi politik yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah untuk mengubah iman-akhlak masyarakat.Orang yang menjadi pengikut Baginda adalah orang yang bertaut hatinya merana Allah SWT,akhlak mere,a mengikut al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW sepenuh hati tanpa paksaan atau janji ganjaran duniawi.
11.Ditekankan sekali lagi bahawa Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi lain terdahulu mengubah masyarakat dengan DAKWAH.Baginda tidak mengubah prinsip agama hanya kerana ingin memenangi hati manusia/rakyat.
12.Politik Nabi Muhammad SAW adalah BERDAKWAH dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat melalui teladan Baginda sendiri,sehingga Islam menjadi cara hidup (addin).Hasil perjuangan politik cara Nabi Muhammad SAW ini telah berjaya mengubah masyarakat Tanah Arab yang jahil menjadi terang rohaninya dengan cahaya iman kerana DAKWAH...dimana masyarakatnya menerima kebenaran Islam.Maknanya Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi alam dengan cahaya.Sedangkan parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api,mana mungkin berlaku kerana cahaya tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.
13.Kesimpulannya,AGAMA ISLAM TIDAK MEMERLUKAN PARTI POLITIK UNTUK MENEGAKKANNYA!,bahkan negara Islam akan tertegak secara automatik jika setiap individu berakhlak Islam seperti pengikut Nabi Muhammad SAW suatu masa dulu
No comments:
Post a Comment