Thursday, February 10, 2011

Rahsia Sihat DAN Muda Tun Dr Mahathir

1.Tun Dr M..negarawan kita sentiasa nampak segak,cergas dan'smart' DAH LAMA DAH..
Kita banyak membincangkan pembabitan politik Tun Dr M dalam politik.Jarang benar kita melihat beliau sebagai seorang doktor perubatan.Ini merupakan DILEMA KITA sebagai rakyat biasa.
2..Sebagai seorang doktor berjiwa saintifik Tun Dr M memang mengambil berat soal kesihatan.Jika dikaji,beliau banyak memberi pandangan yang BERTERUS-TERANG dan POSITIF dalam semua hal termasuk soal kesihatan.
3.Umpamanya,bila ditanya macam mana beliau masih sihat walau pun sudah berumur 77 tahun satu masa dulu,beliau menjawad sinis dengan berkata "menurut pesan ibunya,TENGAH SEDAP MAKAN BERHENTI, JANGAN TAMBAH NASI LAGI".Itulah yang saya ingat kalau tak silap,sebab itu beliau melepaskan jawatan sebagai PM Malaysia walau pun tengah popular/diperlukan/dapat sanjungan.
4.Dalam buku beliau Dilema Melayu,beliau ada menyifatkan orang Melayu sebagai kaum yang lebih suka mendapat keuntungan dalam masa yang pendek.Sebenarnya,dalam soal menjaga kesihatan pun orang Melayu mempunyai sikap yang serupa iaitu suka kepada jalan pintas untuk jadi sihat,seperti mahu cepat kurus mereka suka ikut jalan pintas dengan mengambil produk kesihatan yang tak tentu hala bukannya nasihat pakar.
5.Tiada siapa buat penilaian terperinci mengenai soal kesihatan Tun Dr M.;
Untuk itu,dari apa yang saya tahu berikut diberikan rahsia sihat dan awet muda Tun Dr Mahathir iaitu:

(1)Lakukan sesuatu yang meneronokkan diri
(2)Nikmati kerjaya dan kehidupan
(3)Jangan hilang minat dalam sesuatu yang diminati
(4)Nikmati setiap saat sebagai manusia yang berkerjaya dan bertanggungjawab
(5)Nikmati setiap saat apa juga kerja yang dibuat sekarang
(6)Kekalkan minda yang aktif dengan berfikir,berbincang,komen orang.kritik orang dan sebagainya.
(7)Buatkan diri kita berasa hebat berbanding orang lain.
(8)Buatkan diri kita berasa gembira sepanjang masa dimana ini akan mengekalkan keremajaan kita.
(9)Bagi pesara,perlu kekal aktif dalam apa juga perkara yang diminati
(10)Jangan berhenti 'bekerja' di usia persaraan.Lakukan perkara yang kita gemari/minati supaya lahir rasa  gembira yang dapat kekal awet muda dan kesihatan diri.
(11)Nikmati hasil kerja kita,teruja menanti hari esok dan kekal ceria dalam hidup ini.
(12)Kerap semyum agar tidak cepat kelihatan tua.
(13)Jangan suka marah orang,jangan jadi perengus dimana menyebabkan muka cepat kendur.
(14)Tidak perlu berkerja keras dalam sesuatu yang tidak menggembirakan kepada diri sendiri kerana tindakan ini menyebabkan penuaan cepat.
(15)Elakkan dari sukan lasak bagi menjaga kekuatan sendi semasa tua.
(16)Mengamalkan pemakanan sederhana
(17)Tidak merokok
(18)Tidak min um alkohol
(20)Jangan makan berlebihan yang menyebabkan kegemukan/obesiti
(21)Jangan minum air berkarbonat
(22)Lakukan semua perkara dengan sederhana,ikhlas dan tidak keterlaluan.


INGATLAH BAHAWA USIA EMAS YANG SIHAT BERMULA DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN KETIKA USIA MUDA......TUN DR MAHATHIR.

No comments:

Post a Comment