Seseorang yang beriman akan terkeluar dari agama Islam dan akan menjadi KAFIR dengan sebab berlaku salah satu dari perkara-perkara berikut:
1.Ingkar kepada perkara-perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, seperti mengingkari bangkitnya dari kubur,hitungan amal ibadat,timbangan,titian di atas neraka,syurga,neraka dll perkara ghaib.
2.Ingkar akan sesuatu ayat yang ada di dalam al-Quran,kerana semua ayat-ayat al-Quran itu adalah wahyu dari Allah SWT.
3.Ingkar akan sesuatu hukum yang didapati dalil dan nas nya didalam al-Quran atau al-Sunnah,seperti ingkar hukum wajib solat,,wajib zakat,hukum haram zina,haram mencuri,haram liwat,atau mendakwa harus solat tanpa wuduk dll.
4.Ingkar kerasulan rasul-rasul yang dahulu daripada nabi Muhammad SAW,atau ingkar kisah-kisah nabi yang disebutkan didalam al-Quran,atau mendakwa cara kejadian makhluk itu bukan sebagaimana yang disebutkan didalam al-Quran dll kisah dsg yang da dalam al-Quran.
5.Ingkar mukjizat al-Quran yang berkekalan hingga ke hari kiamat.
6.Memperolok-olokkan atau menginjak-injak sesuatu hukum yang sudah jelas di ketahui dalam agama Islam,dan disebutkan nas nya di dalam al-Quran umpamanya mengatakan hukum Allah itu sudah lapuk,mempermain-mainkan ketetapan Allah SWT,perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan, kehinaan hukum-hukum Allah SWT melalui pelbagai cara seperti percakapan,perbuatan,gerak geri,isyarat dll.
7.Melahirkan kebencjan dan kemarahan ketika menyebut dan mengingati Allah SWT dan RasulNya,tidak suka mengenai ajaran tauhid atau hukum syarak dll.
8.Menafikan apa-apa sifat dari sifat Allah SWT umpamanya menafikan sifat dua puluh dll sifat Allah SWT yang ada didalam al-Quran.
9.Mentakwilkan sifat-sifat Allah SWT dan namaNya dengan takwilan yang mengurangkan sifat-sifat Allah SWT,atau menghadkan serta membataskan sifat-sifat Allah SWT itu daripda perkara yang tertentu,atau menserupakan/menyamakan sifat-sifat Allah SWT dengan yang lain.
10.Mensabitkan apa-apa sifat Allah SWT yang mana Allah SWT sendiri menafikan sifat-sifat itu pada diriNya,seperti mensabitkan Allah SWT beranak,diperanakkan dsg.
11.Mensabitkan sesuatu sifat dari sifat-sifat Allah SWT pada diri seseorang atau pada makhluk,seperti membenarkan dakwaan 'pengetahuan aku adalah sama seperti pengetahuan Allah,atau 'aku mencarut sebab Allah pun mencarut' dll dakwaan.
SESEORANG MANUSIA YANG MENGANUT AGAMA SELAIN DARIPADA ISLAM,TIDAK DITERIMA DAN TIDAK DIPERAKUI SELAKU ORANG YANG HIDUP DALAM AGAMA,DAN DIA PADA HARI AKHIRAT KELAK DARI ORANG-ORANG YANG RUGI.
No comments:
Post a Comment