Monday, February 6, 2012

Sedikit Mengenai Nabi Muhammad SAW

1.Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdil Manaf bin Qushai

2.Tarikh lahir : 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi (tahun gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'bah) .Nabi lahir pada hari Isnin waktu subuh.

3.Tempat lahir : Dirumah Abu talib,Makkah Al-Mukarramah.

4.Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib binHashim.

5.Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

6.Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyah (Umu Aiman)

7.Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8.Ibu susu kedua : Halimah (dikenali Halimah As-Sa'diah)

9.Pada usia 5 TAHUN:

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mrngeluarkan bahagian syaitan yang wujud
didalamnya.

10.Pada usia 6 TAHUN:

Ibunya meninggal dunia di Abwa' (sebuah kampung antara Makkah dan Madinah).Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh Umu Aiman (hamba perempuan bapa Nabi) & dibiayai oleh datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib.

11.Pada usia 8 TAHUN:

Datuknya Abdul Muttalib meninggal dunia.Nabi dipelihara pula oleh bala saudaranya Abu Talib.

12.Pada usia 9 TAHUN:

Bersama bapa saudaranya Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.Di kota Busra,negeri Syam,pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang Nabi dikalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

13.Pada usia 20 TAHUN:

Terlibat dalam perang Fijar (Nabi menyertai leperangan itu beberala hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah )

Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul,perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

14.Pada usia 25 TAHUN:

Bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu (mas kahwin sebanyak 500 dirham).

15.Pada usia 35 TAHUN:

Banjir besar di Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.

Nabi diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajar ul-Aswad ke tempat asal (dapat redakan pertelingkahan ketika itu).

16.Pada usia 40 TAHUN:

Menerima wahyu di gua Hira' sebagai lerlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhjr zaman.

17.Pada usia 53 TAHUN:

Berhijrah ke Madinah ditemani Syaidina Abu Bakar as-Siddiq

Sampai di Madinah pada 12 Rabiulawal / 24 September 622 M

18. Pada usia 63 TAHUN:

Kewafatan Nabi Muhammad SAW di Madinah pada hari Isnin,12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 M.

No comments:

Post a Comment