Saturday, February 4, 2012

SYARAT MENJATUHKAN PEMERINTAH

Ada dua syarat mengikut kaedah syarak iaitu:

1.TERDAPAT KEKUFURAN YANG NYATA BERDASARKAN DALIL DARIPADA ALLAH SWT

2.KEUPAYAAN UNTUK MENGGANTIKAN PEMERINTAH TERSEBUT SERTA TIDAK MENDATANGKAN KEBURUKAN YANG LEBIH BESAR.JIKA TIADA SYARAT INI,MAKA TIDAK HARUS DIJATUHKAN PEMERINTAH TERSEBUT.

Untuk lebih jelas,sila fahami maksud firman Allah SWT berikut:

Wahai orang yang beriman,taatlah kepada Allah,dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin antara kamu.Dan jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya,jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari pembalasan.Yang demikian itu lebih baik dan lebih elok takwilannya. (Surah al-Nisa':59)

Ayat ini mewajibkan taat kepada pemimpin yang meliputi para UMARA dan ULAMA.

Yang dimaksudkan TAAT ini adalah ketaatan pada perkara-perkara yang MAKRUF.

Apabila pemimpin menyuruh melakut MAKSIAT/buat dosa,mereka TIDAK BOLEH DITAATI......tetapi TIDAK DIHARUSKAN MENDERHAKAI atau cuba menggulingkan mereka berdasarkan sabda Nabi SAW berikut yang bermaksud:

Barang siapa yang diperintah oleh seorang pemerintah,kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah SWT, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut,tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi.

Dan juga maksud hadis berikut: "Wajib ke atas seseorang itu,dengar dan taat apa yang dia suka atau pun benci,kecuali apabila dia diarah melakukan maksiat.Pada ketika itu tidak perlulah dia taat.

Ringkasnya,kita tidak harus menderhakai pemerintahan dan cuba menjatuhkan mereka,KECUALI JIKA TERDAPAT KEKUFURAN YANG NYATA yang terdapat dalil daripada Allah SWT.

Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan KEROSAKAN YANG BESAR SERTA KEBURUKAN yang dapat menggugat keamanan dan mengabaikan kewajipan.Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang zaliman dan membantu mereka yang dizalimi,serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keharmonian tidak wujud lagi.

Oleh itu,cubaan untuk menjatuhkan pemerintah/menggulingkan seseorang pemimpin menerusi kekerasan/reformasi/revolusi/rampasan kuasa dll yang ganas boleh membawa PADAH YANG AMAT BURUK serta keburukan yang nyata!!!

Kecuali jika umat Islam melihat KEKUFURAN YANG NYATA yang ada dalil dari Allah SWT tentang kekufuran itu.Pada ketika itu haruslah menjatuhkan pemerintah tadi jika mereka mempunyai kekuatan.Tetap jika mereka tiada mempunyai kekuatan,atau perbuatan mereka menjatuhkan pemerintah tadi boleh membawa kerosakan yang lebih besar,maka tidak harus bagi mereka memberontak bagi menjatuhkannya demi menjaga maslahah umum,berdasarkan kaedah syarak yang disepakati iaitu:

TIDAK HARUS MENJAUHKAN KEJAHATAN DENGAN SESUATU YANG KEBIH BURUK DARIPADANYA,BAHKAN MESTI MENOLAK KEBURUKAN ITU DENGAN SESUATU YANG DAPAT MENGHAPUSKANNYA ATAU MERINGANKANNYA. MENOLAK KEBURUKAN DENGAN KEBURUKAN YANG KEBIH BESAR,MAKA HAL INI TIDAK HARUS DENGAN IJMAK PARA ULAMA.

KESIMPULANNYA,dalam konteks negara kita Malaysia............fikirkan soal kepentingan survival agama,bangsa dan tanah air.

No comments:

Post a Comment