1.Sebagai orang Islam yang berakal dan berfikiran waras maka kita perlu faham akan aliran pemikiran berikut:
(1) Aliran pemikiran yang menyatukan antara akal dan wahyu
(2) Aliran pemikiran yang menyeimbangkan antara tuntutan agama dan dunia
(3) Mengkompromikan antara kekuatan syariat dan tuntutan zaman
(4) Mengimbangkan antara hal-hal yang tetap dengan perubahan semasa(hal-hal yang berubah-ubah)
(5) Menggabungkan antara yang lama dan yang baru
(6) Mempraktikkan keterbukaan fikiran tanpa bertolak ansur dengan sebarang bentuk bentuk kebatilan
(7)Menolak segala bentuk sikap berlebihan sebagai mana yang dilakukan oleh glongan sekular,kapitalis,gerakan kebebasan dll.
(8) Menghindari dari sikap ekstrem (melampau)...dimana kita ambil sikap sederhana/pertengahan(wasatiyah) demi kebaikan
(9) Mendahulukn pemikiran Islam yang sahih dan tulin untuk 'menggempur' pemikiran 'beracun' yang boleh merosak serta bahaya
(10) Jauhi pemikiran yang menyimpang dalam semua hal seperti yang berkaitan dengan agama & dunia,lelaki & wanita,keutamaan & keremehan isu-isu,kebebasan & kejumudan,kemajuan & kemunduran,halal & haram dan sebagainya.
(11) Memperjelaskan apa-apa batas pemikiran yang kabur (membelenggu),yang memisahkan antara kebebasan berfikir & kebebasan kufur,antara kebenaran & kefasikan,antara ilmiah & ilmaniyah (sekularisasi),antara agama (diniah ) & daulah (negara) Islamiah.
(12) Masyarakat Islam perlu dibebaskan dari segala bentuk pemikiran/kefahaman yang tidak selari dengan ajaran Islam sebenar....iaitu dari semua salah faham tentang Islam akibat dari dipengaruhi oleh pengaruh duniawi,duit ringgit,pangkat, darjat,nafsu dan orang lain yang berkepentingan dalam mengejar nikmat kuasa dunia yang sementara ini.
Kesimpulannya,kita sebagai orang Islam perlu berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.....kita tidak boleh salah faham tentang zuhud dengan meninggalkam sama sekali kehidupan dunia ini sehingga kita dikuasai oleh orang kufur.begitu juga kita tidak menggunakan akal sahaja sehingga berlawanan dengan wahyu dll salah faham tentang Islam dalam pelbagai sudut sama ada politik,ekonomi,sosial,ibadah dsg.
No comments:
Post a Comment