Berikut adalah aktor-faktor asas yang utama dalam melakukan perubahan/membangunkan pemikiran umat Islam:
1.Faktor asas pertama adalah tentang KONSEP PENCIPTA sebagai asas akidah yang menghubungkan manusia dengan Tuhannya.Faktor ini amat relevan kerana konsep pencipta ini bukannya isu peribadi tetapi mencakupi sistem asas kehidupan manusia.
2.Faktor asas kedua adalah tentang KONSEP INSAN @ MANUSIA yang menghubungkan dirinya sebagai hamba dan khalifah.Perkaitan antara insan terhadap A llah dan peranan insan sebagai khalifah bagi mentadbir/mengurus/mengendali sumber-sumber yang terdapat dalam alam ini menjadi manusia sentiasa terkait dengan pencipta dan dalam masa yang sama terhubung dengan sekitaran termasuk manusia serta makhluk lain.agk
3.Faktor asas ketiga adalah KONSEP ILMU yang memberikan makna yang amat pentin dalam proses pembangunan pemikiran.Ilmu boleh menjadi pembimbang dan petunjuk utama dalam membentuk pemikiran.
4.Faktor asas keempat adalah KONSEP HIKMAH yang memberi jalan memilih yang terbaik supaya manusia mempunyai pedoman terhadap hal-hal yang nyata dan ghaib. Hikmah yang tinggi diperlukan untuk menghubungkan faktor nyata dan ghaib.
PEMIKIRAN UMAT ISLAM HARUS MERUJUK KEPADA AL-QURAN SUPAYA SEMUA FAKTOR BERKEMBANG SECARA QURANI.
Konsep Iqra' dalam al-Quran mwampu membimbing manusia tentang membaca secafa tersurat dan tersirat.
Perubahan pemikiran bersumberkan al-Quran sewajarnya menjadi keutamaan orang Islam agar ilmu berasaskan keyakinan kepada adanya pencipta,meletakkan manusia dalam peranan hamba dan khalifah Allah,menjadikan ilmu yang sepadu sifatnya dan memiliki hikmah yang berpedomankan al-Quran
No comments:
Post a Comment