Monday, February 27, 2012

Jangan silap pilih pemimpin

1.Pilihanraya yang diadakan dinegara ini sebenarnya memberi peluang kepada warganegara yang layak memilih pemimpin.

2.Dalam kita memilih pemimpin janganlah memilih pemimpin yang tidak layak jadi pemimpin.Memilih orang yang tidak layak menjadi pemimpin merupakan satu kesilapan besar dalam hidup ini.

3.Kesilapan memilih pemimpin adalah merupakan satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

4.Adalah menjadi tuntutan syariat Islam menegakkan kebenaran.Maka atas prinsip memperjuangkan kebenaran dan membenteras kebatilan adalah WAJIB kita semua menyokong dan memilih pemimpin yang memperjuangkan prinsip ini.

5.Atas dasar perjuangan menegakkan kebenaran juga,maka sesiapa yang memperjuangkan kebatilan,berakhlak buruk,peliwat,penzina,penyokong pengganas Israel,pendusta dll sifat keji yang amalkannya tidak harus disokong sama sekali walau pun ia mengaku beragama IslamIni kerana ada yang mengaku Islam tetapi munafik.Orang munafik amat bahaya!

6.Kita mesti memilih pemimpin yang boleh memberi kemenangan kepada sebuah gagasan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan habis-habisan.

7.Pemimpin yang cenderung kepada kebatilan,kejahatan mesti ditumbangkan.Jika pemimpin yang jahat seperti ini tidak ditolak maka negara ini akan musnah.Pasti kebatilan,kezaliman,kejahatan akan berleluasa jika pemimpin yang berakhlak buruk tidak dihapuskan.

8.Menyokong dan memilih pemimpin yang tidak berakhlak dan jahat serta anti-Islam (menolak perpaduan sesama Islam) adalah boleh membawa dosa kerana kita bersubahat menyokong agenda jahat mereka yang memang menyimpang dari agenda dan landasan perjuangan Islam sebenar.

9.Saya yakin,majoriti rakyat Malaysia tidak mahu memusnahkan keharmonian yang kita nikmati selama ini dan faham bahawa senario politik terkini jelas menunjukkan bahawa pemimpin seperti DS Najib Tun Razak lebih terserlah dalam usaha menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan. Transformasi yang beliau usahakan memang mendatangkan kebaikan kepada rakyat jelata.

No comments:

Post a Comment