Tuesday, September 4, 2012

RUMAH TERBUKA....kawal nafsu makan!

1.Mengadakan 'rumah terbuka' adalah salah satu kaedah bagi merayakan dan meraikan hari raya setiap tahun.

2.Amalan 'rumah terbuka' adalah satu keunikan dan keistimewaan negara Malaysia.

3.Rumah terbuka dapat dianjurkan dengan meriah kerana negara kita aman,harmoni dimana tidak diancam kebuluran,kemiskinan,keganasan,malapetaka,kekacauan politik dll.SYUKUR NIKMAT TUHAN.

4.Ada rumah terbuka yang dibuat secara sederhana/kecil-kecilan dikalangan keluarga,saudara mara,rakan sepejabat,sahabat handai,jiran sekampung/sekariah/setaman.

5.Ada rumah terbuka buat secara lebih besar/besar-besaran bersama orang kenamaan seperti Perdana Menteri dimana menyaksikan kehadiran tetamu/rakyat sehingga 100,000 orang,dimana menjadi rumah terbuka terbesar di dunia apa lagi mampu mengundang pelancong.

6.Di rumah terbuka akan tersaji/terhidang aneka juadah seperti ketupat,lemang,nasi himpit,lontong,rendang,pelbagai kuih muih dll serta diiringi dendangan lagu/muzik hari raya berkumandang menceriakan suasana majlis.

7.Disamping itu,duit raya untuk kanak-kanak,hadiah-hadiah serta bersalam-salaman,bermaafan memohon maaf zahir dan batin memeriahkan serta memberi makna tersendiri di rumah terbuka.

8.Ya!...makanan memang melambak di rumah terbuka..namun JANGANLAH MAKAN SEMAHU -MAHUNYA,kawallah nafsu makan bagi mengekalkan kesihatan yang ada juga agar tidak diundang pelbagai penyakit seperti kencing manis,darah tinggi,gout,penyakit jantung,obesiti dll.Jangan makan berlebihan yang kebanyakannya manis,berlemak serta berkalori tinggi.

9.Berwaspadalah menjaga keihatan diri.JANGAN JADIKAN MAKAN BERLEBIHAN DI RUMAH TERBUKA SEBAGAI MEDAN MEMBUKA PELUANG MENJANA PELBAGAI PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT.

No comments:

Post a Comment