Tuesday, September 4, 2012

Politik yang suci.....

1.Dari segi teorinya,politik adalah satu alat yang digunakan bagi memperjuangkan nasib rakyat.

2.Tapi sebenarnya,politik adalah satu alat untuk mendapatkan KUASA.

3.Dengan kuasa politik yang perolehi (menerusi pertarungan/permainan politik yang kadang-kadang kotor itu) katanya boleh digunakan untuk membantu rakyat.

4.Orang politik adalah orang yang mengikat dirinya kepada sesuatu parti politik.

5.Sementara itu,ORANG YANG MEMPUNYAI KESEDARAN POLITIK YANG TINGGI LAGI SUCI jarang menyempitkan pemikiran atau mengikat dirinya dengan sesuatu parti politik yang tidak berjuang demi kebenaran sebenar.

6.Jadi, orang politik AMAT BERBEZA dari orang yang mempunyai kesedaran politik yang suci.

7.Tidak semua orang politik mempunyai kesedaran politik yang tinggi lagi suci yakni politik untuk membangunkan rakyat.

8.POLITIK YANG SUCI adalah alat untuk mendapatkan kuasa bagi membantu rakyat.

9.Politik yang TIDAK SUCI ada bermacam-macam,ini termasuklah politik kerana wang,politik kerana harta (spt kereta besar,rumah besar dll),politik kerana projek dll matlamat kepentingan diri/kroni.

10.Sebenarnya,untuk membantu rakyat TIDAK SEMESTINYA menerusi bidang politik saja.Umpamanya seorang saintis/ilmuan/karyawan/seniman dll bidang kejaya boleh menggunakan kepakarannya/penulisannya/seninya dll bagi MEMAJUKAN NEGARA/MEMBANGUNKAN PEMIKIRAN RAKYAT tanpa perlu memihak kepada mana-mana parti politik pun.

11.Ambil contoh,dimana karyawan/blogger dll boleh mempengaruhi rakyat dengan kaya-karya hebatnya untuk manfaat semua orang(bukan untuk satu parti politik melampau tertentu saja).

12.Karyawan bersuara terus dari hati nuraninya,tetapi ORANG POLITIK suaranya MESTI SELARI DENGAN SUARA PARTINYA (suara orang politik adalah suara parti yang didokongnya).

13.Banyak karyawan/seniman/ilmuan/saintis dll boleh mempunyai pengaruh terhadap rakyat setanding dengan pengaruh orang politik...dinegara kita umpamanya mungkin P.Ramlee dll.

14.Karyawan memperjuangkan nasib rakyat menggunakan pengaruh seni yang mereka ada yang disalurkan melalui karya seninya.Mereka digeruni oleh orang politik dan ada kalanya orang politik yang tidak suci akan menghalang karya seseorang karyawan.

15.Berpolitiklah dengan SUCI menerusi kerjaya masing-masing dengan niat ikhlas kerana mencari redha Tuhan.

No comments:

Post a Comment