Friday, April 13, 2012

Kewajipan Pemimpin....

Pemimpin berkewajipan memenuhi tiga syarat berikut:

1.Pemimpin mesti menyediakan kesejahteraan bagi orang-orang yang dipimpinnya/pengikutnya

Pemimpin memang perlu memperhatikan kesejahteraan masyarakatnya.
Pemimpin tidak boleh 'mengumpul lembu-lembu perah' hanya untuk kerakusannya sendiri.

Contoh pemimpin yang memenuhi syarat pertama ini ialah seperti Louis Pasteur dan Salk.


2.Pemimpin perlu menyediakan wadah sosial dimana pengikutnya/orang ramai /rakyatnya merasa aman didalamnya

Pemimpin menyediakan kehidupan sosial yang bebas dari egoisme,ketamakan dan perkauman kerana sifat-sifat ini akan membawa kerosakan kepada pengikutnya.

Contoh pemimpin yang memenuhi syarat kedua ini seperti Mahatma Ghandi,Confucius,Alexander,Caesar,Hitler.

3.Pemimpin mesti menyediakan suatu bentuk kepercayaan bagi pengikutnya

Pemimpin menyediakan satu pegangan hidup/kepercayaan agama kepada pengikutnya.

Contoh pemimpin yang memenuhi syarat ketiga ini adalah seperti Jesus,Budha.


Kesimpulan....PEMIMPIN TERBESAR SEPANJANG WAKTU ADALAH MUHAMMAD YANG MEMADUKAN KETIGA-TIGA SYARAT TERSEBUT DI ATAS dan urutan berikutnya adalah Musa.



Piawaian objektif mengenai kategori pemimpin ini dibuat oleh seorang Yahudi bernama Jules Masserman, psykoanalisis Amerika yang disiarkan oleh Times pada 15 Julai 1974.

No comments:

Post a Comment