1.Berbohong/berdusta/menipu/temberang/kelentong/auta/putar belit/fitnah dll perkataan yang seerti dengannya memang dilarang oleh Islam dan berdosa serta hukumnya haram dimana ianya merupakan dalah satu ciri orang munafik.
2.Namun,dalam keadaan/situasi/masa tertentu ada kelonggaran menjadi Bohong Wajib,ikuti contoh-contoh berikut:-
(1) Jika ada seorang muslim sedang bersembunyi dari orang zalim dan kita tahu tempat persembunyian tersebut.Orang zalim itu bertanya kita mengenainya,maka wujud keadaan WAJIB BOHONG dimana wajib kita berbohong (yakni tidak bercakap benar memberi tahu tempat persembunyian tersebut) demi menyelamatkan nyawa/akidah orang muslim tersebut.
(2) Jika kita ada menyimpan apa saja barang seorang muslim lain,dan ada orang zalim mahu merampasnya.Maka wujud keadaan Bohong Wajib dimana kita wajib berdusta mengenainya untuk mengelak dari dirampas.Kalau kita bercakap benar/memberi tahu hal sebenar kepada si zalim tersebut akan barang yang disimpan itu,maka ianya akan dirampas dan kita wajib menggantikannya.
(3) Jika isteri bertanya sisuami mengenai masakannya sama ada sedap atau tidak.Maka timbul keadaan Bohong Wajib dimana si suami berkata 'sedap,sayang!' (wal hal tidak sedap pun),ini terpaksa dilafazkan dengan niat yang baik iaitu tidak mahu menyinggung perasaan si isteri/mahu menjaga hati yang tersayang/bagi menzahirkan kasih sayang agar berkekalan/mengeratkan silaturahim sesama manusia/mengekalkan keharmonian keluarga/tidak mahu timbul konflik.Bohong sebegini tidak tercela kerana tujuan atau niatnya baik.
(4) Jika si isteri bertanya suaminya sama ada baju baru dibeli dan dipakainya cantik atau tidak.Maka timbul situasi Bohong wajib dengan kata-kata 'Ya...awak nampak manis,cantik lagi bergaya dengannya'....pada hal nampak hodoh sajaSi suami berbohong kerana tidak mahu isterinya marah atau bergaduh besar nanti.Kebenaran waktu itu menjadi satu senjata yang menyakitkan.
(5) Jika si isteri yang membeli belah baru keluar dari bilik acu pakaian lalu bertanya si suami sama ada baju percubaan tersebut itu sesuai atau tidak,maka timbul situasi bohong wajib demi menjaga perasaan si isteri maka tercetuslah ungkapan 'Memang sesuai benar' demi menyelamatkan masa sesi membeli belah yang berlarutan berjam-jam lamanya.Kita mungkin tidak perlu bercakap perkara sebenar jika kebenaran itu hanya membuatkan orang lain terluka.
(6) Berbohong supaya tidak menyusahkan orang lain atau membuatkan orang lain berasa selesa.
(7) Berbohong untuk mengelakkan atau menamatkan perbalahan/pertengkaran
(8) Jika kita tahu bahawa keluarga mertua/orang lain tidak menyenangi kehadiran kita,maka kita dalam situasi bohong wajib bermuka manis/mesra demi memastikan suasana terus tenang/ria/damai.Bohong sebegini semata-mata untuk mengelak konflik dengan orang lain.
(9) Demi menjaga akidah,dimana sekiranya kita dipaksa untuk mengucap sesuatu yang berlawanan dengan akidah umpamsnya kita mengaku menyembah berhala (hakikatnya hati kita tetap Islam,menyembah Allah),maka kita dalam situasi terpaksa berbohong....dengan syarat hati kita tetap dalam Islam.Jadi kita boleh berbohong/melakukan beberapa bentuk pendustaan jika ada kepentingan yang baik kerana Allah.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud ' Bukanlah dianggap pembohong/pendusta seseorang yang berniat untuk memperbaiki diantara manusia dengan ia menyampsikan berita yang baik saja (diantara dua orang yang bergaduh/bersengketa) dan melapurkan yang baik-baik saja(dengan menyembunyikan yang tidak baik diantara mereka berdua)'
Nabi Muhammad SAW tidak memberi kelonggaran untuk berbohong/berdusta dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan:
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan diantara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isteri dan seorang perempuan dengan suaminya
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Kesimpulan
Percakapan atau menuturkan kata-kata adalah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu.Jika sesuatu maksud itu dapat dicapai dengan BERKATA BENAR maka tidak perlulah berbohong.
Namun,jika maksud yang baik itu tidak dapat dicapai dengan cara yang baik,dan TIDAK ADA CARA LAIN LAGI untuk mencapainya melainkan berbohong maka ketika itu bohong jadi wajib/harus (jika maksudnya wajib/harus maka berbohong jadi wajib/harus dengan syarat tiada cara lain lagi untuk mencapainya).
Namun yang lebih berhati-hati adalah melakukan sesuatu yang berselindung (al-tauriyah),yakni tidak secara 'direct' berbohong/berdusta,iaitu kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta,tetapi secara berselindung (iaitu niat di hati) kita tidak berdusta.
Islam memuliakan seseorang manusia yang berusaha untuk mendamaikan orang yang bertelagah meski pun terpaksa dilaksanakan dengan cara menipu/berbohong (boleh jadi wajib/harus) demi menjalin semula ikatan persaudaraan,menggalakkan perpaduan,meningkatkan persefahaman,mengekalkan keharmonian...agar tidak berpecah,bergaduh,berperang,membunuh dll agar keadaan kembali aman dan damai.
No comments:
Post a Comment