Saturday, April 28, 2012

Jangan Jadi Penderhaka

1.Amatlah dikesali,dimana ada orang yang mengharuskan menderhaka kepada sesebuah kerajaan tanpa sebab-sebab yang dbolehkan oleh syarak

2.Malah,teramat dikesalkan lagi bila ada orang yang mendakwa dirinya ulama tetapi MEWAJIBKAN orang ramai memberontak/berdemonstrasi/tunjuk perasaan menentang sebuah kerajaan yang sah tanpa sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak

3.Menurut ajaran Islam,PEMERINTAH ISLAM WAJIB DITAATI DAN DIPATUHI.

4.Allah SWT berfirman yang bermaksud : Wahai orang beriman,taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kam kepada Rasulullah dan kepada 'Uli al-Amri' (orang yang berkuasa) dalam kalangan kamu.Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu kembali kepada (kitab) Allah (al-Quan) dan (sunah) Rasul-Nya,jika kamu benar beriman kepaa Allah dan hari akhirat.Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),dan lebih baik cara berfikir. Surah al-Nisa ayat 59.

5.Jadi,pemerintah Islam wajib ditaati selagi mana ia mentaati perintah Allah.Sekiranya pemimpin/pihak berkuasa/pemerintah menyuruh melakukan maksiat,maka dia tidak lerlu ditaati.

6.Orang Islam perlu berpegang dengan perintah Allah ini.Mereka tidak perlu menentang pemerintah tanpa sebab yang dibolehkan oleh syarak kerana ia akan melemahkan kekuatan perpaduan ummah yang amat diperlukan berjuang di jalan Allah mengikt landasan syariah.

7.Kegopohan berdemonstrasi/reformasi/revolusi adalah amat membahayakan kerana ianya adalah gimik politik yang seakan tidak berpendirian dalam perjuangan Islam

8.Kita tidak boleh gopoh bertindak dalam sesuatu isu yang timbul.Selidik dengan bijaksana berdasarkan bukti nas yang pasti dari al-Quran/sunah/ujmak sebelum melancarkan gerakan menentang kerajaan.Jika tidak kita dianggap menentang hukum Allah.

No comments:

Post a Comment