1.Kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan.
2.Perbelanjaan adalah duit yang keluar dari poket kita.
3.Berikut adalah beberapa cadangan bagi mengawal perbelanjaan kita:-
(1) Buat perancangan terlebih dahulu......ada matlamat perbelanjaan berasaskan keperluan dan kehendak.
(2) Buat satu senarai sebelum kita pergi membeli-belah.
(3) Semasa membeli-belah,ingat akan beza antara keperluan dan kehendak.
(4) Beli barangan ketika ada jualan murah
(5) Membeli-belah di kedai diskaun,harga patut,potongan harga atau pasar lambak.
(6) Kongsi barangan yang boleh digunakan semula bersama
(7) Jauhi dari mengunjungi kedai/tempat yang membazirkan duit
(8) Bijak membayar bil-bil yang diperlukan terlebih dahulu,aturkan supaya pembayaran segala bil tidak membebankan
(9) Jadikan tabiat menabung sebahagian dari pendapatan sebagai tabiat.
(10) Simpan duit setiap bulan,sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan/gaji.
(11) Catat dan rekodkan segala perbelanjaan harian,ini dapat membantu kita mengetahui ke mana duit dibelanjakan..ukur baju di badan sendiri!
(12) Ubah tabiat dan tingkah laku berbelanja agar tidak membazir.
(13) Belanja secara berhemah sepanjang masa,potong segala belanja yang tidak berbaloi.
(14) Elakkan dari berhutang jika anda tidak mampu membayar...jangan hutang along.
(15) Elakkan dari masalah kewangan yang serius.
(16) Urus duit dengan baik adalah satu tindakan bijak.
(17) Beli barang ganti ysng lebih murah berbanding dengan membeli barang baru yang mahal.
(18) Tsngguhksn beberapa perbelanjaan yang difikirkan sesuai ditangguhkan.
(19) Berhati-hati dengan iklan yang sekalu beredar bila tiba masa anda dapat gaji.
(20) KAWAL NAFSU SERAKAH ANDA......ingat dunia ini perlu sederhana,jangan ego berlawan barangan perhiasan dengan orang lain/jiran......peniaga/kapitalis memang suka kita mengeluarkan duit untuk membeli barang yang bukan keperluan asas kehidupan.
No comments:
Post a Comment