1.Penyucian jiwa atau pembersihan jiwa atau penjernihan jiwa adalah bagi mengekang hawa nafsu yang berlandaskan kekuatan dalaman (jiwa manusia itu sendiri) demi menyempurnakan aspek kerohanian/spiritual seseorang.
2.Penyucian jiwa merupakan bentuk pembersihan diri secara halus,dan secara langsung menghubungkan individu dengan Tuhan yang menciptanya.
3.Proses penyucian jiwa mesti dilaksanakan dengan melawan nafsu dan mengosongkan mindanya daripada sesuatu perkara yang boleh mengganggu konsentrasi ibadah terhadap Tuhan.
4.Apabila seseorang berjaya menundukkan nafsunya,maka akan muncul perasaan kasih sayang terhadap Tuhannya dan yakin akan kekuasaan/balasan Tuhan yang dikategorikan sebagai kesempurnaan abadi yang wujud dalam jiwa individu tersebut.
5.Dengan adanya perasaan kasih dan cintakan Tuhan,jiwa seseorang akan sentiasa didorong untuk melakukan kebaikan dimana ia akan bertindak dengan menggunakan akal bukannya berlandas nafsu serakah.
6.Ketahuilah bahawa tunjang utama keperibadian manusia bertitik tolak dari hawa nafsunya.Jiwa yang suci/bersih mesti bebas dari pengaruh nafsu jahat.
7.Memiliki jiwa yang suci/bersih akan menjadikan sesorang itu tidak mudah tunduk kepada segala bentuk ancaman dan godaan syaitan di muka bumi ini.
8.Beberapa bentuk penyucian jiwa yang disarankan oleh ilmu Islam adalah:
(1)Taubat...ini merupakan langkah pertama/asas terpenting yang wajib dilakukan
(2)Zikir...membantu jiwa mengingati Allah sekali gus menyucikan jiwa
(3)Bertafakur...membantu jiwa meyakini kekuasaan Allah
(4)Solat...sebagai bukti kepatuhan kepada Allah
(5)Puasa...melatih nafsu agar tidak menurut kehendak syaitan
No comments:
Post a Comment