1.Seseorang yang berdoa dengan ayat al-Quran akan merasai eberkatannya.
2.Seseorang yang berdoa dengan ayat al-Quran akan bertambah insaf.
3.Seseorang perlu berdoa memohon kepada Allah swt untuk kedua ibu bapa kita sekurang-kurangnya selepas solat lima waktu.
Firman Allah swt dalam surah al-Isra' ayat 24 yang bermaksud 'Ya Tuhan,kasihanilah kedua-dua ibu bapa sebagaimana keduanya telah memeliharaku ketika kecil.'
Ayat ini menjelaskan wajib bagi seseorang anak mendoakan ibu bapanya.
4.Seseorang yang berdoa perlu disertakan salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w kerana kelebihannya amat besar dan manfaatnya sangat banyak di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud 'Semua amal itu terhenti dan semua doa tertahan sampai dibacakan salawat ke atasku'
5.Amalan berdoa perlu dijadikan amalan seharian dalam setiap inci kehidupan agar ia menjadi dinding dan dapat mengetuk pintu rahmat Allah swt.
No comments:
Post a Comment