1.Betulkan niat puasa semata-mata kerana ALLAH TA'ALA.Jangan ada niat lain.
2.Solat fardhu jangan diabaikan ketika berpuasa.Adalah silap jika tidak solat ketika berpuasa.
3.Adalah silap jika tidak mengutamakan solat subuh/solat fardhu yang lain berjemaah sebagaimana solat sunat terawih berjemaah.
4.Adalah silap jika menunaikan solat terawih dimasjid dengan NIAT INGINKAN MERIAH.
5.Adalah silap jika bersikap malas bekerja dan tidak produktif dalam kerja seharian dengan alasan berpuasa.
6.Adalah silap jika jika memperbanyakkan tidur disiang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
7.Hindari kerenah melayan hawa nafsu,sebaliknya kita perlu melawan nafsu
8.Elakkn pembazirkan dengan membeli apa yang perlu saja.Jangan membeli juadah untuk berbuka/bersahur berlebihan hingga terpaksa dibuang bila tidak habis makan.Sebaiknya gunakan rezeki yang lebih untuk bersedekah kepada yang memerlukan.
9.Usahlah ghairah untuk berbuka puasa ditempat-tempat mewah spt hotel/restoran mahal dll hingga timbul sifat riak/menunjuk-nunjuk dan sanggup berhutang untuk itu.Bersederhanalah dalam segala.
10.Jauhi dari harta haram untuk berbelanja di bulan Ramadhan.
11.Eloklah dikurangkan aktiviti yang melibatkan kerja di luar kawasan,sebaliknya gunakan masa bersama keluarga,dekatkan diri dengan Allah dan berbaik-baik dengan masyarakat sekeliling.
12,Carilah ketenangan dengan tidur awal dan bangun awal,tunaikan solat tahajud,solat dhuha dll ibadat bukannya tertekan memikrkan kerja seharian saja.
13.Jika anda penggemar muzik,nikmati alunan ayat-ayat suci al-Quran dan nasyid indah sebagai ganti ketika berpuasa.
14.Isi masa lapang yang ketika berpuasa dengan bermain permainan yang menjana minda
15.Kurangkan berbual kosong dan bersembang perkara tidak penting.Kurang cakap lebih cekap.
16.Kurangkan pengambilan kopi,teh dan minuman berkarbonat.
17.Jangan makan menurut nafsu ketika berbuka puasa,makanlah sekadar memadai dan berhenti sebelum kenyang.
18.Gantikan minat berkaraoke/ke panggung wayang dll kepada menziarahi/mengimarahkan masjid untuk beribadat.
19.Kurangkan masa ber face book/twitter/menonton tv dll sebaiknya habiskan masa lapang yang ada untuk membaca buku-buku ilmiah/keagamaan.
20.Pelihara mata,telinga dan semua anggota dari melihat/mendengar/membuat dll perkara yang dilarang
No comments:
Post a Comment