Tuesday, November 13, 2012

Penyucian Jiwa

1.Penyucian jiwa atau pembersihan jiwa atau penjernihan jiwa adalah bagi mengekang hawa nafsu yang berlandaskan kekuatan dalaman (jiwa manusia itu sendiri)  demi menyempurnakan aspek kerohanian/spiritual seseorang.

2.Penyucian jiwa merupakan bentuk pembersihan diri secara halus,dan secara langsung menghubungkan individu dengan Tuhan yang menciptanya.

3.Proses penyucian jiwa mesti dilaksanakan dengan melawan nafsu dan mengosongkan mindanya daripada sesuatu perkara yang boleh mengganggu konsentrasi ibadah terhadap Tuhan.

4.Apabila seseorang berjaya menundukkan nafsunya,maka akan muncul perasaan kasih sayang terhadap Tuhannya dan yakin akan kekuasaan/balasan Tuhan yang dikategorikan sebagai kesempurnaan abadi yang wujud dalam jiwa individu tersebut.

5.Dengan adanya perasaan kasih dan cintakan Tuhan,jiwa seseorang akan sentiasa didorong untuk melakukan kebaikan dimana ia akan bertindak dengan menggunakan akal bukannya berlandas nafsu serakah.

6.Ketahuilah bahawa tunjang utama keperibadian manusia bertitik tolak dari hawa nafsunya.Jiwa yang suci/bersih mesti bebas dari pengaruh nafsu jahat.

7.Memiliki jiwa yang suci/bersih akan menjadikan sesorang itu tidak mudah tunduk kepada segala bentuk ancaman dan godaan syaitan di muka bumi ini.

8.Beberapa bentuk penyucian jiwa yang disarankan oleh ilmu Islam adalah:

(1)Taubat...ini merupakan langkah pertama/asas terpenting yang wajib dilakukan

(2)Zikir...membantu jiwa mengingati Allah sekali gus menyucikan jiwa

(3)Bertafakur...membantu jiwa meyakini kekuasaan Allah

(4)Solat...sebagai bukti kepatuhan kepada Allah

(5)Puasa...melatih nafsu agar tidak menurut kehendak syaitan

Thursday, November 8, 2012

KEZALIMAN

1.Kezaliman berlaku daam pelbagai bentuk.

2.Kezaliman boleh berlaku akibat tindakan kita yang tidak berperkemanusiaan,bertindak secara tidak adil,melakukan perbuatan aniaya,bersikap bengis,bertindak kejam/ganas,berbuat sewenang-wenangnya serta juga menindas.

3.Kezaliman yang dilakukan oleh seseorang adalah didorong oleh keinginan mengejar pangkat/darjat,mengaut harta dan usaha untuk mengangkat diri sendiri bagi mencari pengaruh.

4.Kezaliman disisi Islam adalah haram dan berdosa besar tanpa mengira siapa pelakunya.

5.Kezaliman terbahagi kepada:

(1) Kezaliman terhadap diri sendiri iaitu dengan menjadi syirik (tidak beriman kepada Allah),mengkufuri nikmat Allah,melakukan pelbagai dosa,jenayah,maksiat,kesalahan dan melaggar perintah Allah.

(2) Kezaliman terhadap makhluk yang lain dengan mengganggu kehormatan tubuh badan,harta benda dan sebagainya dengan cara yang tidak benar.

(3) Kezaliman pemerintah berlaku dalam bentuk tidak melaksanakan hukum-hukum Allah tanpa sebab musabab,melantik orang yang tidak layak memegang sesuatu jawatan,mengabaikan hak rakyat,tidak membuat pembangunan  yang boleh meninggikan imej Islam/ummah dimata dunia,tidak memberikan hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat sebaliknya menindas/menekan rakyat dsg dengan berbagai cara/undang-undang dll.

(4) Kezaliman ulama berlaku dalam bentuk tidak menyebarkan ilmu kepada msyarakat umum sehingga mereka jahil tentng hukum-hakam agama,merebut harta dunia melalui perniagaan,mengejar urusan dunia,tidak amanah dalam menyampaikan ilmu,mengeluarkan fatwa secara tergopoh-gapah dan mengikut kehendak seseorang/puak tertentu yang bukannya berdasarkan rasa tanggungjawab sebagai pelindung ummah/pewaris nabi,tamak jawatan dunia dll.

(5) Kezaliman peniaga berlaku dalam bentuk menjual barangan yang sudah luput tarikh,enggan menurunkan harga barang walau pun diarah pihak kerajaan,menaikkan harga barang sesuka hati sehingga menyusahkan masyarakat umum,mengaut keuntungan berlipat kali ganda,menjual barangan yang terlarang dll

(6) Kezaliman rakyat/masyarakat umum terhadap pemerintah berlaku dalam bentuk rakyat tiak mentaati pemerintah dalam perkara-perkara baik yang disarankan walhal pemerintah berlaku adil,memusnahkan harta kerajaan secara sewenang-wenangnya,tidak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar,tidak membaiki kelemahan diri dengan belajar/muhasabah dll.

6.Orang zalim sebenarnya sedikit pun tidak dapat memudaratkan Allah swt sebaliknya orang zalim adalah orang yang muflis pada hari kiamat kelak.

7.Islam melarang umatnya berkawan dan bergaul dengan orang-orang zalim.

8.Fatwa yang menyebelahi orang zalim tidak boleh dikeluarkan kerana ini sebenarnya membantu kezaliman mereka atau membenarkan kezalimannya.

Wednesday, October 31, 2012

Tahap perkembangan intelek

1.Pengetahuan - mengingati maklumat yang relevan tentang kebolehannya

2.Kefahaman -memahami fakta tentang kemahirannya

3. Penggunaan- menggunakan apa yang telah dipelajari tentang kepakarannya dalam situasi baru

4.Analisis- menganalisa semua bahagian,pendekatan,struktur juga konsep yang berkaitan dengan  bidang pengkhususannya

5.Sintesis- menggabungkan bahagian-bahagian kecil untuk membentuk sesuatu struktur,konsepsi atau model berkaitan penemuan yang baru atau perkara terkini

6.Penilaian-mempertimbangkan nilai sesuatu pendapat atau teori berkaitan sesuatu pengetahuan bagi tujuan yang tertentu.

Monday, October 29, 2012

Untuk berjaya....

-Manusia perlu ada wawasan hidup yang jelas dan disusuli dengan tindakan yang berkesan/realistik bagi mengubah idea visi hidupnya yang abstrak kepada perancangan/program yang betul yang boleh dicapai dalam jangkamasa tertentu.

-Setiap tindakan yang diambil mesti berlandaskan niat yang ikhlas agar ianya menjadi ikhtiar atau usaha ke arah kejayaan sebagai satu ibadat.

-Untuk berjaya dalam hidup ini,kita perlu membina kekuatan keimanan,kuat beramal soleh,saling nasihat menasihati,mentaati kebenaran,kuat bersabar dalam menghadapi cabaran/pancaroba kehidupan.

-Untuk berjaya juga perlukan kematangan,kesucian,kebijaksanaan,keberaniaan,keberhasilan dalam pemikiran,serta s entiasa didorong oleh pesaan positif dalam perasaan juga perlakuan/tingkalaku.

-Untuk berjaya,kita tidak boleh membiarkan diri kita dihanyutkan oleh arus sekularisme dan terpedaya dengan tarikan konsumerisme gagasan kapitalis.