Friday, May 25, 2012

BAHAGIA itu adalah REDHA....


  1. Kata orang "Bahagia itu adalah kepuasan hati".Betul ke?
  2. Sebenarnya manusia tidak akan pernah puas.
  3. Selama hidup di dunia,manusia pasti berhadapan dengan ketidakpuasan dengan kekurangannya.
  4. Umpamanya manusia tidak puas hati kerana kurang kaya,kurang kuasa,kurang pangkat,kurang mulia,kurang cantik,kurang kacak,kurang popular,kurang sihat,kurang ilmu dll tuntutan nafsu serakahnya yang tidak akan pernah sempurna/terpenuhi.
  5. Jadi bahagia bukan kerana puas hati.
  6. Sila selami dasar hati anda secara tulus ikhlas.Percayalah bahawa sesungguhnya BAHAGIA itu ada pada sifat REDHA.
  7. Sifat redha bagaikan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa yang mampu memujuk hati yang luka.
  8. Sifat redha bagaikan ubat yang melegakan orang yang sakit
  9. Sifat redha baikan rimbunan pohon ditengah panas terik.
  10. Carilah BAHAGIA yang hakiki mengikut jalan yang telah dibentangkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu melalui sifat REDHA
  11. Tanda REDHA yang pertama adalah....Kata-kata yang baik ketika menerima ujian Allah.Bukan sumpah seranah,maki-hamun,melontarkan rasa tak puas hati.Ucaplah " inna lilla iwaina ilaili rajiun" (kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan kembali).Banyakkan bersabar.
  12. Tanda REDHA yang kedua adalah.....ketika susah ingatlah nikmat Allah yang banyakterhadap kita.Disitu kita akan rasa beruntung dengan apa yang ada pada kita.Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki
  13. Tanda REDHA yang ketiga adalah.....kita jangan berhenti berikhtiar.Redha bukan bermakna kita menerima tanpa usaha.Tapi redha adalah semanat yang membangkitkan hati yang sedih,yang mampu menajamkan akal,yang mampu menguatkan keringat untuk berusaha lebih lagi dan mampu membuahkan idea bernas untuk berjaya.
  14. JADILAH ORANG YANG BAHAGIA DENGAN KEKUATAN YANG TERSIMPAN DALAM DIRI YANG BERNAMA REDHA KEPADA ALLAH.

No comments:

Post a Comment