1.Kezaliman berlaku daam pelbagai bentuk.
2.Kezaliman boleh berlaku akibat tindakan kita yang tidak berperkemanusiaan,bertindak secara tidak adil,melakukan perbuatan aniaya,bersikap bengis,bertindak kejam/ganas,berbuat sewenang-wenangnya serta juga menindas.
3.Kezaliman yang dilakukan oleh seseorang adalah didorong oleh keinginan mengejar pangkat/darjat,mengaut harta dan usaha untuk mengangkat diri sendiri bagi mencari pengaruh.
4.Kezaliman disisi Islam adalah haram dan berdosa besar tanpa mengira siapa pelakunya.
5.Kezaliman terbahagi kepada:
(1) Kezaliman terhadap diri sendiri iaitu dengan menjadi syirik (tidak beriman kepada Allah),mengkufuri nikmat Allah,melakukan pelbagai dosa,jenayah,maksiat,kesalahan dan melaggar perintah Allah.
(2) Kezaliman terhadap makhluk yang lain dengan mengganggu kehormatan tubuh badan,harta benda dan sebagainya dengan cara yang tidak benar.
(3) Kezaliman pemerintah berlaku dalam bentuk tidak melaksanakan hukum-hukum Allah tanpa sebab musabab,melantik orang yang tidak layak memegang sesuatu jawatan,mengabaikan hak rakyat,tidak membuat pembangunan yang boleh meninggikan imej Islam/ummah dimata dunia,tidak memberikan hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat sebaliknya menindas/menekan rakyat dsg dengan berbagai cara/undang-undang dll.
(4) Kezaliman ulama berlaku dalam bentuk tidak menyebarkan ilmu kepada msyarakat umum sehingga mereka jahil tentng hukum-hakam agama,merebut harta dunia melalui perniagaan,mengejar urusan dunia,tidak amanah dalam menyampaikan ilmu,mengeluarkan fatwa secara tergopoh-gapah dan mengikut kehendak seseorang/puak tertentu yang bukannya berdasarkan rasa tanggungjawab sebagai pelindung ummah/pewaris nabi,tamak jawatan dunia dll.
(5) Kezaliman peniaga berlaku dalam bentuk menjual barangan yang sudah luput tarikh,enggan menurunkan harga barang walau pun diarah pihak kerajaan,menaikkan harga barang sesuka hati sehingga menyusahkan masyarakat umum,mengaut keuntungan berlipat kali ganda,menjual barangan yang terlarang dll
(6) Kezaliman rakyat/masyarakat umum terhadap pemerintah berlaku dalam bentuk rakyat tiak mentaati pemerintah dalam perkara-perkara baik yang disarankan walhal pemerintah berlaku adil,memusnahkan harta kerajaan secara sewenang-wenangnya,tidak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar,tidak membaiki kelemahan diri dengan belajar/muhasabah dll.
6.Orang zalim sebenarnya sedikit pun tidak dapat memudaratkan Allah swt sebaliknya orang zalim adalah orang yang muflis pada hari kiamat kelak.
7.Islam melarang umatnya berkawan dan bergaul dengan orang-orang zalim.
8.Fatwa yang menyebelahi orang zalim tidak boleh dikeluarkan kerana ini sebenarnya membantu kezaliman mereka atau membenarkan kezalimannya.
Thursday, November 8, 2012
Friday, November 2, 2012
Wednesday, October 31, 2012
Tahap perkembangan intelek
1.Pengetahuan - mengingati maklumat yang relevan tentang kebolehannya
2.Kefahaman -memahami fakta tentang kemahirannya
3. Penggunaan- menggunakan apa yang telah dipelajari tentang kepakarannya dalam situasi baru
4.Analisis- menganalisa semua bahagian,pendekatan,struktur juga konsep yang berkaitan dengan bidang pengkhususannya
5.Sintesis- menggabungkan bahagian-bahagian kecil untuk membentuk sesuatu struktur,konsepsi atau model berkaitan penemuan yang baru atau perkara terkini
6.Penilaian-mempertimbangkan nilai sesuatu pendapat atau teori berkaitan sesuatu pengetahuan bagi tujuan yang tertentu.

Monday, October 29, 2012
Untuk berjaya....
-Manusia perlu ada wawasan hidup yang jelas dan disusuli dengan tindakan yang berkesan/realistik bagi mengubah idea visi hidupnya yang abstrak kepada perancangan/program yang betul yang boleh dicapai dalam jangkamasa tertentu.
-Setiap tindakan yang diambil mesti berlandaskan niat yang ikhlas agar ianya menjadi ikhtiar atau usaha ke arah kejayaan sebagai satu ibadat.
-Untuk berjaya dalam hidup ini,kita perlu membina kekuatan keimanan,kuat beramal soleh,saling nasihat menasihati,mentaati kebenaran,kuat bersabar dalam menghadapi cabaran/pancaroba kehidupan.
-Untuk berjaya juga perlukan kematangan,kesucian,kebijaksanaan,keberaniaan,keberhasilan dalam pemikiran,serta s entiasa didorong oleh pesaan positif dalam perasaan juga perlakuan/tingkalaku.
-Untuk berjaya,kita tidak boleh membiarkan diri kita dihanyutkan oleh arus sekularisme dan terpedaya dengan tarikan konsumerisme gagasan kapitalis.

Friday, October 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)